Vitamin untuk Tulang Sihat dan Kuat

Kesihatan tulang sangat penting. Tambah-tambah bagi golongan wanita sebab kita melalui fasa haid, mengandung, melahirkan dan menyusu anak. Fasa- fasa ini menyebabkan kita kehilangan banyak kalsium yang diperlukan tulang.

Kalsium boleh didapati dari makanan-makanan sumber tenusu macam susu, cheese dan sebagainya. Tapi larat ke korang nak makan cheese hari- hari. Nak pulak kalau tekak melayu totok macam Tkah, memang idok ler. Kucari sambal belacan dulu. Haha

Cheese pulak sekarang ni dipelbagaikan cara masak, maka korang makan cheese  sekali dengan segala kalori yang ada. Dah terkejut pulak nanti naik atas penimbang.

Maka, alternatifnya ambillah pil kalsium.
Penting untuk korang tahu, pilihlah pil kalsium yang ada magnesium  and the geng tau. Bahaya kalau telan pil kalsium yang tiada campuran magnesium sekali. Sebab badan kita tak boleh serap kalsium sahaja ya.

Tkah pilih pil kalsium ostematrix shaklee. Sebab di dalamnya ada sekali magnesium  and the geng tu. Nak pulak Ostematrix  ni licin tau tabletnya,senang telan. Sekali teguk je 4 biji tu.

Ni la kandungan ostematrix yang Tkah kata magnesium and the geng  tu

1. Calcium - Ini memang ada la, dah nama pun pil kalsium kan. Calsium ni macam blok-blok bata yang membina tulang kota tu.

2. Magnesium - Haaa,magnesium ni la yang kena together- gether dengan Calsium. Baru boleh diserap ke dalam tulang.

3. Boron - Dia ni pula membantu metabolisma tulang kita.

4. Vitamin D - Membantu penyerapan Calsium. Bayangkan kalau takde vitamin D, Calsium diserap dengan lambat, tup tup dah hilang khasiatnya.

5. Copper,Zinc,Manganese - Mengaktifkan enzim yang membantu pembentukan jisim tulang.

Semua element yang ada dalam ostematrix  ni sangat penting untuk pembentukan tulang yang sihat dan kuat. Agar tulang korang dah tak bunyi kriuk kriuk tu lagi.

Jom la cuba oste,mesti terus jatuh hateee.

Bulan September ni promosi tau. Beli 3 botol dapat 5% less lagitu.

Hubungi Rakan Vitamin Anda
Atikah Jamil
011 15137727

Atasi Sembelit Ketika Hamil

Sembelit ni memang sinonim dengan mak-mak buyung.

Sebab apa mak buyung selalu kena sembelit ni?

1. Kurang minum air. Nak pulak jenis minum air banyak terus muntah.

2. Kurang makan buah buahan. Huishh kadang bukan tak makan tapi dah tak larat nak mengunyah

3. Pengambilan tablet iron. Ya,mak-mak buyong wajib ambil tau supplements  yang mengandugi iron ni untuk elak anemia.Kesannya ialah sembelit la.huhu

Dengan perut memboyot,pastu nak teran takut plak baby terkeluar(sebenarnya tak pun). Lagi la scary membayangkan nak ke toilet tu.

Perkara lucu masa dalam labour  room haritu. Kita dah berpeluh peluh nak meneran, nurse kata "teran macam sembelit tu puan"
Masalahnya saya tak pernah sembelit time pregnant, nurse.hahahaha.Rasa nak gelak walaupun tengah tahan contraction.

Apa rahsia Tkah tal merasa sembelit ni?

Jawapannya ada pada ostematrix shaklee.
Ini memang botol dah ringan laju daku restock.

Dalam ostematrix ni mengandungi vitamin D juga tau. Ia membantu penyerapan kalsium dan bantu melancarkan penghadaman sebab tu sebelum tidur telan oste,esoknya smooth  je proses qada hajat.hehe.

Selain dapat mengatasi sembelit, oste juga sangat membantu mak buyong kurangkan sakit pinggang. Sakit pinggang time pregnant bukan main-main tau, kadang rasa macam nak merangkak je.


Hubungi Rakan Vitamin Anda
Atikah Jamil
011 15137727

Cod : Kangar, Arau, Padang Besar, Simpang Empat

Pengalaman Melahirkan Ahmad Yasin

Tetiba mama rasa nak share pengalaman bersalinkan Ahmad Yasin. Supaya nanti bila mama dah takde Ahmad Yasin boleh baca kat blog mama ni.hihi

Mama dan abi tak expect  awak akan keluar awal. 37 minggu 4 hari Yasin dah keluar, tak sabar nak jumpa mama abi ya.

10 April 2018
Mama tak boleh tidur malam. Yasin asyik mengeras je. Boleh dikatakan setiap 5 minit Yasin mengeras. Pusing kiri tak kena, kanan tak kena. Mama kerap le toilet. Mama mula rasa tak sedap hati. Awalnya ingat nak pegi PAC malam tu jugak. Tapi mama dah serik kena tahan ward,lagipun mama ada refer nurse dah. Nurse kata itu normal bila masuk 3rd trimester. Lepas bincang dengan abi, mama decide esok pagi je la pegi PAC kalau Yasin kerap mengeras lagi.

11 April 2018
Mama bangun subuh macam biasa tapi mama pelik Yasin tak bangun lagi. Kebiasaannya Yasin aktif waktu subuh macam ni. Pukul 7 lebih baru Yasin bangun. Abi tanya mama, nak pegi PAC ke? Mama kata tunggu dulu kalau pukul 9 Yasin lambat gerak baru terus ke PAC.

Yup, sudah pukul 9 Yasin taknak gerak walaupun mama dah minum air sejuk,jalan- jalan. Mama call abi cakap nak pegi PAC. Abi terus balik rumah dan bawak mama ke PAC. Sampai PAC nurse pasang alat CTG untuk cek jantung Yasin, nurse detect CTG tak berapa cantik. Terus drip air baru Yasin aktif balik. Scan semua oke. Dr bagitau mama,Dr nak cek jalan, kot kot Yasin dah ready nak keluar.

Lepas cek, Dr bagitau mama jalan dah bukak 1 cm dan dah dilate means dah ready nak bersalin.Mama macam terkejut sebab mama takde rasa sakit pun. Dr suggest mama terus masuk ward memandangkan mama berdarah o negative. Untuk elak perkara tak diingini lebih baik masuk ward dan ready untuk bersalin.

Mama pasrah masuk ward

Petang tu baru mama start rasa contraction, tapi tak tetap lagi. Sekali sekala je rasa. Bukaan dah 2 cm.Alhamdulillah.

Malam. Mama tak boleh tidur asyik rindukan abi dan melayan sakit contraction yang datang 1 jam sekali.

12 April 2018
Awal pagi. Mama rasa contraction makin kerap. Cek bukaan dah 3 cm. Mama kerap berjalan dan squart dalam ward untuk cepatkan bukaan. Mama cuba habiskan breakfast yang abi bawak.

Tapi semuanya mama muntahkan balik sebab contraction mama terlalu kuat. Nurse cek ctg dan bagitau mama contraction mama kuat sangat ni tapi bukaan baru 3 cm. Mama makin nervous.

Semua makanan yang masuk perut mama semua keluar balik. Allahurabbi. Mama risau sangat, takut mama takde tenaga dalam labour  room nanti. Tapi, mama paksa makan kurma dan air zamzam yang abi bawa.

Petang, Dr round macam biasa. Mama bagitau contraction mama konsisten 5 minit sekali. Dr ajak cek jalan dan tolong bukakan jalan untuk mama. Alhamdulillah dah 4 cm.

Sepatutnya ada orang lain yang perlu masuk labour room dulu, tapi nurse kesiankan mama yang asek muntah dan contraction  sangat kuat,nurse tolak mama dulu masuk labour  room.

4 petang, mama ditolak masuk labour room.Ya Allah nervous  sangat. Mulut mama tak henti baca doa Nabi Yunus dan berharap semuanya dimudahkan.

Masuk je labour room,sakit contraction  makin menjadi jadi. Mama mintak nurse panggilkan abi. Allahurabbi memang tak tertahan sakit. Kaki mama terketar ketar menahan sakit, mujur tak koyak baju abi mama tarik.huhu.
Dr cek bukaan baru 5. Abi tak henti henti baca do syifa' dan hebus kat ubun-ubun mama.

Mama dah tak tahan sangat, mintak abi panggilkan Dr. Dr datang dan cek bukaan dah 7cm. Mama lega dengar. Tak lama lepas tu mama rasa contraction  yang teramat kuat dan rasa nak meneran, abi panggilkan Dr. Mungkin bukaan mama cepat sebab mama kerap muntah,dalam Labour  room mama muntah 2 kali. Sampai keluar muntah hijau,dah takde apa sangat dalam perut agaknya. Perit je rasa tekak

Dr datang dan minta mama teran sikit sikit. Alhamdulillah  3 kali teran Yasin dah keluar tepat jam 6.42 petang 

Dengar je Yasin menangis terus hilang segala rasa sakit tadi. Dr jahit mama tanpa bius tapi mama tak rasa sakit sebab seronok sangat Yasin skin to skin dengan mama.

Semoga kamu membesar menjadi anak soleh buat mama dan abi. Membesarlah menjadi manusia berguna kepada Agama dan masyarakat.

Buat mumny di luar sana yang tengah tunggu due date, anda wanita hebat!

Nanti mama share tips cepatkan bukaan yang mama amalkan.

Sebarang maklumat dalam blog saya adalah berdasarkan ilmu dan pengalaman saya. Powered by Blogger.