Saya Nur Atikah Muhamad Jamil, pemilik dan penulis tulus blog ini.Blog ini tempat saya berkongsi cara hidup sihat saya bersama anda semua warga maya.
Saya anak jati Kubang Semang, Pulau Pinang. Tapi saya bukan anak mami 😄😄. Memasuki April 2017, genaplah umur saya 24 tahun. Hujung tahun 2016 pada bulan 10, saya telah bergraduasi dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Kimia. Sekarang saya menetap di Arau, Perlis dan bekerja sebagai Pegawai Penyelidik di UniMAP.
Sebagai seorang isteri berkerjaya, saya perlu sentiasa kekal cergas untuk memberi komitmen 200% di tempat kerja dan di rumah. Saya juga bertanggungjawab memastikan suami saya kekal sihat untuk melaksanakan tugas harian beliau.
Maka, salah satu tanggungjawab saya ialah memastikan makanan yang saya sediakan di rumah ialah menyediakan makanan terbaik. Pengalaman saya dalam bidang kejuruteraan kimia dan berpraktikal di SwissLab Biotech menjadikan saya sangat berhati-hati dalam memilih makanan dan supplement untuk keluarga saya. Selain itu, saya juga mengikuti kelas tambahan berkaitan cara makan yang sihat.
Dengan menjadi ahli Shaklee, berbagai keuntungan yang saya peroleh, terutamanya ilmu berkenaan pemakanan sihat dan penjagaan kesihatan. Jika anda sedang mengalami sebarang masalah kesihatan dan berhasrat untuk mencuba Shaklee, hubungi saya. InsyaAllah saya akan cuba untuk membantu. Sebagai seorang Pengedar Sah Shaklee, saya bertanggungjawab memberikan konsultasi cara pengambilan yang efektif dan tips-tips lain.
0 comments:
Post a Comment