Vitamin untuk Tulang Sihat dan Kuat

Kesihatan tulang sangat penting. Tambah-tambah bagi golongan wanita sebab kita melalui fasa haid, mengandung, melahirkan dan menyusu anak. Fasa- fasa ini menyebabkan kita kehilangan banyak kalsium yang diperlukan tulang.

Kalsium boleh didapati dari makanan-makanan sumber tenusu macam susu, cheese dan sebagainya. Tapi larat ke korang nak makan cheese hari- hari. Nak pulak kalau tekak melayu totok macam Tkah, memang idok ler. Kucari sambal belacan dulu. Haha

Cheese pulak sekarang ni dipelbagaikan cara masak, maka korang makan cheese  sekali dengan segala kalori yang ada. Dah terkejut pulak nanti naik atas penimbang.

Maka, alternatifnya ambillah pil kalsium.
Penting untuk korang tahu, pilihlah pil kalsium yang ada magnesium  and the geng tau. Bahaya kalau telan pil kalsium yang tiada campuran magnesium sekali. Sebab badan kita tak boleh serap kalsium sahaja ya.

Tkah pilih pil kalsium ostematrix shaklee. Sebab di dalamnya ada sekali magnesium  and the geng tu. Nak pulak Ostematrix  ni licin tau tabletnya,senang telan. Sekali teguk je 4 biji tu.

Ni la kandungan ostematrix yang Tkah kata magnesium and the geng  tu

1. Calcium - Ini memang ada la, dah nama pun pil kalsium kan. Calsium ni macam blok-blok bata yang membina tulang kota tu.

2. Magnesium - Haaa,magnesium ni la yang kena together- gether dengan Calsium. Baru boleh diserap ke dalam tulang.

3. Boron - Dia ni pula membantu metabolisma tulang kita.

4. Vitamin D - Membantu penyerapan Calsium. Bayangkan kalau takde vitamin D, Calsium diserap dengan lambat, tup tup dah hilang khasiatnya.

5. Copper,Zinc,Manganese - Mengaktifkan enzim yang membantu pembentukan jisim tulang.

Semua element yang ada dalam ostematrix  ni sangat penting untuk pembentukan tulang yang sihat dan kuat. Agar tulang korang dah tak bunyi kriuk kriuk tu lagi.

Jom la cuba oste,mesti terus jatuh hateee.

Bulan September ni promosi tau. Beli 3 botol dapat 5% less lagitu.

Hubungi Rakan Vitamin Anda
Atikah Jamil
011 15137727

Atasi Sembelit Ketika Hamil

Sembelit ni memang sinonim dengan mak-mak buyung.

Sebab apa mak buyung selalu kena sembelit ni?

1. Kurang minum air. Nak pulak jenis minum air banyak terus muntah.

2. Kurang makan buah buahan. Huishh kadang bukan tak makan tapi dah tak larat nak mengunyah

3. Pengambilan tablet iron. Ya,mak-mak buyong wajib ambil tau supplements  yang mengandugi iron ni untuk elak anemia.Kesannya ialah sembelit la.huhu

Dengan perut memboyot,pastu nak teran takut plak baby terkeluar(sebenarnya tak pun). Lagi la scary membayangkan nak ke toilet tu.

Perkara lucu masa dalam labour  room haritu. Kita dah berpeluh peluh nak meneran, nurse kata "teran macam sembelit tu puan"
Masalahnya saya tak pernah sembelit time pregnant, nurse.hahahaha.Rasa nak gelak walaupun tengah tahan contraction.

Apa rahsia Tkah tal merasa sembelit ni?

Jawapannya ada pada ostematrix shaklee.
Ini memang botol dah ringan laju daku restock.

Dalam ostematrix ni mengandungi vitamin D juga tau. Ia membantu penyerapan kalsium dan bantu melancarkan penghadaman sebab tu sebelum tidur telan oste,esoknya smooth  je proses qada hajat.hehe.

Selain dapat mengatasi sembelit, oste juga sangat membantu mak buyong kurangkan sakit pinggang. Sakit pinggang time pregnant bukan main-main tau, kadang rasa macam nak merangkak je.


Hubungi Rakan Vitamin Anda
Atikah Jamil
011 15137727

Cod : Kangar, Arau, Padang Besar, Simpang Empat

Pengalaman Melahirkan Ahmad Yasin

Tetiba mama rasa nak share pengalaman bersalinkan Ahmad Yasin. Supaya nanti bila mama dah takde Ahmad Yasin boleh baca kat blog mama ni.hihi

Mama dan abi tak expect  awak akan keluar awal. 37 minggu 4 hari Yasin dah keluar, tak sabar nak jumpa mama abi ya.

10 April 2018
Mama tak boleh tidur malam. Yasin asyik mengeras je. Boleh dikatakan setiap 5 minit Yasin mengeras. Pusing kiri tak kena, kanan tak kena. Mama kerap le toilet. Mama mula rasa tak sedap hati. Awalnya ingat nak pegi PAC malam tu jugak. Tapi mama dah serik kena tahan ward,lagipun mama ada refer nurse dah. Nurse kata itu normal bila masuk 3rd trimester. Lepas bincang dengan abi, mama decide esok pagi je la pegi PAC kalau Yasin kerap mengeras lagi.

11 April 2018
Mama bangun subuh macam biasa tapi mama pelik Yasin tak bangun lagi. Kebiasaannya Yasin aktif waktu subuh macam ni. Pukul 7 lebih baru Yasin bangun. Abi tanya mama, nak pegi PAC ke? Mama kata tunggu dulu kalau pukul 9 Yasin lambat gerak baru terus ke PAC.

Yup, sudah pukul 9 Yasin taknak gerak walaupun mama dah minum air sejuk,jalan- jalan. Mama call abi cakap nak pegi PAC. Abi terus balik rumah dan bawak mama ke PAC. Sampai PAC nurse pasang alat CTG untuk cek jantung Yasin, nurse detect CTG tak berapa cantik. Terus drip air baru Yasin aktif balik. Scan semua oke. Dr bagitau mama,Dr nak cek jalan, kot kot Yasin dah ready nak keluar.

Lepas cek, Dr bagitau mama jalan dah bukak 1 cm dan dah dilate means dah ready nak bersalin.Mama macam terkejut sebab mama takde rasa sakit pun. Dr suggest mama terus masuk ward memandangkan mama berdarah o negative. Untuk elak perkara tak diingini lebih baik masuk ward dan ready untuk bersalin.

Mama pasrah masuk ward

Petang tu baru mama start rasa contraction, tapi tak tetap lagi. Sekali sekala je rasa. Bukaan dah 2 cm.Alhamdulillah.

Malam. Mama tak boleh tidur asyik rindukan abi dan melayan sakit contraction yang datang 1 jam sekali.

12 April 2018
Awal pagi. Mama rasa contraction makin kerap. Cek bukaan dah 3 cm. Mama kerap berjalan dan squart dalam ward untuk cepatkan bukaan. Mama cuba habiskan breakfast yang abi bawak.

Tapi semuanya mama muntahkan balik sebab contraction mama terlalu kuat. Nurse cek ctg dan bagitau mama contraction mama kuat sangat ni tapi bukaan baru 3 cm. Mama makin nervous.

Semua makanan yang masuk perut mama semua keluar balik. Allahurabbi. Mama risau sangat, takut mama takde tenaga dalam labour  room nanti. Tapi, mama paksa makan kurma dan air zamzam yang abi bawa.

Petang, Dr round macam biasa. Mama bagitau contraction mama konsisten 5 minit sekali. Dr ajak cek jalan dan tolong bukakan jalan untuk mama. Alhamdulillah dah 4 cm.

Sepatutnya ada orang lain yang perlu masuk labour room dulu, tapi nurse kesiankan mama yang asek muntah dan contraction  sangat kuat,nurse tolak mama dulu masuk labour  room.

4 petang, mama ditolak masuk labour room.Ya Allah nervous  sangat. Mulut mama tak henti baca doa Nabi Yunus dan berharap semuanya dimudahkan.

Masuk je labour room,sakit contraction  makin menjadi jadi. Mama mintak nurse panggilkan abi. Allahurabbi memang tak tertahan sakit. Kaki mama terketar ketar menahan sakit, mujur tak koyak baju abi mama tarik.huhu.
Dr cek bukaan baru 5. Abi tak henti henti baca do syifa' dan hebus kat ubun-ubun mama.

Mama dah tak tahan sangat, mintak abi panggilkan Dr. Dr datang dan cek bukaan dah 7cm. Mama lega dengar. Tak lama lepas tu mama rasa contraction  yang teramat kuat dan rasa nak meneran, abi panggilkan Dr. Mungkin bukaan mama cepat sebab mama kerap muntah,dalam Labour  room mama muntah 2 kali. Sampai keluar muntah hijau,dah takde apa sangat dalam perut agaknya. Perit je rasa tekak

Dr datang dan minta mama teran sikit sikit. Alhamdulillah  3 kali teran Yasin dah keluar tepat jam 6.42 petang 

Dengar je Yasin menangis terus hilang segala rasa sakit tadi. Dr jahit mama tanpa bius tapi mama tak rasa sakit sebab seronok sangat Yasin skin to skin dengan mama.

Semoga kamu membesar menjadi anak soleh buat mama dan abi. Membesarlah menjadi manusia berguna kepada Agama dan masyarakat.

Buat mumny di luar sana yang tengah tunggu due date, anda wanita hebat!

Nanti mama share tips cepatkan bukaan yang mama amalkan.

Kepentingan Folic Acid Untuk Ibu Hamil

Biasanya ibu-ibu hamil akan diberikan Prenatal vitamin oleh nurse setiap kali checkup.Antara vitamin yang biasa diberikan B complex,Acid Folic,Iron,Vitamin C.

Penting tau mommy-mommy sekalian untuk makan vitamin-vitamin ni.Walaupun kadang baunya,MasyaAllah menikam qalbuku.

Sebab apa Penting Vitamin ni semua?

Salah satunya,mommy kan selalu muntah-muntah di awal kehamilan.Lepas makan je muntah,mana nak dapat zat dari makanan tu.Bukan mommy je tau yang perlukan zat,baby dalam perut pun perlukan zat.

Yang kedua,Bayi sangat perlukan nutrient yang lengkap di awal kehamilan.Ye la memang la kita anggap bulan pertama dan kedua baby kecik lagi dalam perut,takkan la perlukan nutrient yang banyak.Sebenarnya fasa pertama iaitu kita panggil trimester pertama ni la paling penting sebab baby mula membentuk organ-organ dan saraf-saraf penting dalam badan.Proses pembentukan ni perlukan nutrient yang lengkap.Jadi mommy jangan nak skip telan vitamin tu,cubit kang.hehe

Kecacatan yang berkemungkinan boleh berlaku sekiranya mommy malas telan vitamin-vitamin tu ialah Neural Tube Defect (NTD).Ntd ni ialah satu kecacatan di mana saraf tunjang janin tak dapat dibentuk dengan baik seawal 3-4 minggu usia kandungan.

Jenis NTD yang biasa terjadi


Di sini lah kepentingan Folic Acid yang ada dalam Prenatal Vitamin tu.Pengambilan Folic Acid yang cukup mengurangkan risiko penyakit NTD ni.

Ada jugak mommy yang berfikiran,

"Alaa,saya tak suka telan pil-pil ni.Saya ambil makanan seimbang yang kaya dengan Folic Acid"

Adudududu mommy oii,pasti ke awak ambil makanan tu memang akan dapat Folic Acid yang cukup?

Mana dengan segala racun serangga dah di sembur,mana dengan segala hormon dah dicucuk dalam bahan mentah kita sekarang ni.Pastu mommy masak pulak guna suhu yang tinggi

Berapa peratus je Folic Acid yang tinggal dalam makanan yang kita sangka banyak tu.

Sesungguhnya tak memadai dengan mengharapkan vitamin dari real food kita sahaja.

Bagi yang merancang untuk hamil atau nak mendirikan rumah tangga tu seeloknya 3 bulan sebelum kahwin tu dah istiqamah dengan B Complex Shaklee.Sebab kadang-kadang,eh termengandung  dan tahu masa dah nak masuk 2 bulan usia kandungan.Sedangkan pembentukan baby sangat penting pada usia 3-4 minggu macam Tkah cakap kat atas tadi tu.At least kalau mommy dah ambil awal-awal boleh kurangkan risiko NTD

Tkah sarankan mommy ambil Bcomplex Shaklee ni sebab dalam dia dah ada Folic Acid tau.Jadi senang,telan terus je dan takde kes,eh terlupa Folic Acid.Tadi telan Bcomplex je.



Pesanan terakhir jangan skip Vitamin tau,cubit pipi tu nanti.


Dapatkan Set Prenatal Shaklee Sekarang!!

Your Trusted SID
Atikah Jamil
011 15137727

COD sekitar Kangar,Arau,Kuala Perlis


Hamil Dengan Rhesus Negative

Lama dah Tkah nak tulis pasal ni,tapi harini baru berkesempatan nak tulis.Panjang tau entry ni dan mungkin bersiri.Korang kan rajin membaca.hehehe

"I'am a Rhesus negative blood type"




Sebenarnya sebelum kahwin lagi Tkah dah tahu jenis darah dan sangat la risau masa tu.Sebab teringat dulu-dulu masa zaman mengaji Biology cikgu kata orang berdarah negative ni akan ada komplikasi untuk 2nd pregnancy.Masa tu kan anak dara lagi,cuak la iols.

Bukan risau sebab kemungkinan takde anak ramai,tapi risau masa mengandung berlaku tumpah darah ke,kan akan susahkan pasangan masa tu.So,sebelum kahwin lagi Tkah cerita panjang lebar pada suami.Lepas kahwin,Tkah tanya la kat suami,dia faham ke apa yang Tkah cerita pasal Rhesus tu and he said "tak berapa nak faham pun". I was like ..............

But then,dia kata takpe Allah mesti dah atur yang terbaik untuk kita(blushing jap.haha)

Rhesus tu apa sebenarnya?

Rhesus ni sejenis protin yang diwarisi yang ditemui pada permukaan sel darah merah seorang individu.Rhesus terbahagi kepada dua Rh positive dan Rh negative. Sekiranya sel darah merah kita ada protin tersebut maka kita adalah Rhesus positive.Tapi kalau sel darah merah kita tak ada protin ni maka kita adalah Rhesus negative.Faham ke idok? (baca slow2,insyaAllah faham)

Jadi apa masalahnya kalau ber Rhesus negative ni?

Oke,ni masuk part complicated sikit.Harap korang tekun membaca.

Kumpulan darah Tkah ialah O dan Rhesus Negative.Suami pula jenis B Rhesus positive.Jadi berkemungkinan baby dalam kandungan juga Rhesus positive,ikut abi dia.

Sebenarnya darah ibu dan baby memang tak bercampur di awal kandungan,tapi bila hampir saat nak bersalin darah baby dan ibu akan bercampur.Oke waktu ni la yang merisaukan.Bila bercampur,badan ibu akan kesan darah baby(sekiranya darah baby Rh positive) ni sebagai benda asing.

Bila badan ibu dah kesan benda asing ni,badan ibu akan mula membina antibodi untuk menghalang sekiranya berlaku lagi serangan benda asing tu(darah baby yang Rhesus positive).Proses ni tak membahayakan anak pertama sampai dia selamat dilahirkan.




Tapi akan beri kesan bila si ibu mengandung buat kali ke dua dan baby dalam kandungan Rhesus positive.Antibodi  yang dibina selepas kelahiran anak pertama dulu akan reject atau serang baby ke dua ni sebab badan si ibu merasakan ianya(sebab darah baby Rhesus positive) adalah benda asing.Maka berlaku lah keguguran.

Jadi,untuk mengelakkan proses pembentukan antiodi ni,Dr akan plan supaya si ibu ambil suntikan Rhogum antara minggu ke 28 hingga 32.Hanya satu suntikan diperlukan sebelum bersalin.Setelah selamat bersalin, darah baby akan diambil untuk kenal pasti jenis darah dan Rhesus.Sekiranya baby Rhesus positive,maka si ibu akan disuntik Rhogum sekali lagi.Bukan lah satu proses yang susah,tapi akan jadi kritikal kalau korang tak alert dah kena suntik Rhogum ke belum.

Cuma kat sini Tkah sertakan beberapa perkara yang ibu-ibu Rhesus negative ni perlu alert

  • Kalau tetibe kena tahan wad sebab komplikasi ketika mengandung,notify atau maklumkan pada Dr dan nurse bahawa anda adalah Rhesus negative.Sebab kadang-kadang memang dah tertulis dalam buku merah tu,tapi human made mistakes kan.Untuk elak perkara tak diingini,baik korang terus je bagitau.Sebab darah jenis Rhesus negative ni tak boleh dapat dengan mudah dari blood bank.In case berlaku emergency,Dr/nurse dah get ready dengan blood bank kalau korang dah bagitau awal-awal masa kena tahan wad tu.

  • Kalau korang gugur dan perlukan proses cuci atau selalu orang panggil D & C,make sure Dr ada bagi suntikan Rhogum.Kalau korang gugur dengan complete abortion(tak perlu cuci) tak payah cucuk Rhogum.

  • Plan siap-siap korang nak bersalin di hospital mana dan notify hospital tersebut.Tak boleh main terjah-terjah je tau.Seeloknya bila dah masuk minggu ke 32 terus notify hospital yang korang nak bersalin kat situ.Jadi pihak hospital akan maklumkan pada blood bank untuk sediakan darah.Bukan apa,takut tiba-tiba tengah proses bersalin berlaku tumpah darah ke.Jadi taknak la tiba-tiba takde darah.haa sudah...Memang lah ada due date (EDD) tapi kadang-kadang ada juga kes bersalin masa 7 bulan kan,So sediakan payung sebelum hujan oke.

  • Sepanjang proses mengandung ni korang jaga la elok-elok pemakanan,vitamin jangan skip tau.Sebab bahaya kalau HB drop.Bila drop sampai kena masuk darah,kan susah tu.Darah korang kan rare.Alhamdulillah Tkah sendiri tak skip vitamin,Set hamil Shaklee tu memang sentiasa restock kalau dah tinggal sikit.Tak berani nak skip walau sehari.

Harap-harap korang faham la ye penerangan Tkah ni.Moga-moga entry Tkah ni bermanfaat untuk ibu-ibu yang Rhesus negative di luar sana.

Kalau korang Rhesus negative jangan la rasa takut nak mengandung pulak.hehe..InsyaAllah doa yang baik-baik.Follow je planning yang Dr sediakan untuk korang dan banyakkan membaca pasal Rhesus negative ni.Ada juga group-group facebook untuk mereka yang Rhesus negative,So kalau ada emergency dah tahu nak cari penderma kat mana.










Sebarang maklumat dalam blog saya adalah berdasarkan ilmu dan pengalaman saya. Powered by Blogger.