Lama dah Tkah nak tulis
pasal ni,tapi harini baru berkesempatan nak tulis.Panjang tau entry ni dan
mungkin bersiri.Korang kan rajin membaca.hehehe
"I'am a Rhesus
negative blood type"
Sebenarnya sebelum
kahwin lagi Tkah dah tahu jenis darah dan sangat la risau masa tu.Sebab
teringat dulu-dulu masa zaman mengaji Biology cikgu kata orang berdarah
negative ni akan ada komplikasi untuk 2nd pregnancy.Masa tu kan anak dara
lagi,cuak la iols.
Bukan risau sebab
kemungkinan takde anak ramai,tapi risau masa mengandung berlaku tumpah darah
ke,kan akan susahkan pasangan masa tu.So,sebelum kahwin lagi Tkah cerita
panjang lebar pada suami.Lepas kahwin,Tkah tanya la kat suami,dia faham ke apa
yang Tkah cerita pasal Rhesus tu and he said "tak berapa nak faham
pun". I was like ..............
But then,dia kata takpe
Allah mesti dah atur yang terbaik untuk kita(blushing jap.haha)
Rhesus tu apa
sebenarnya?
Rhesus ni sejenis protin
yang diwarisi yang ditemui pada permukaan sel darah merah seorang
individu.Rhesus terbahagi kepada dua Rh positive dan Rh negative. Sekiranya sel
darah merah kita ada protin tersebut maka kita adalah Rhesus positive.Tapi
kalau sel darah merah kita tak ada protin ni maka kita adalah Rhesus
negative.Faham ke idok? (baca slow2,insyaAllah faham)
Jadi apa masalahnya
kalau ber Rhesus negative ni?
Oke,ni masuk part
complicated sikit.Harap korang tekun membaca.
Kumpulan darah Tkah
ialah O dan Rhesus Negative.Suami pula jenis B Rhesus positive.Jadi
berkemungkinan baby dalam kandungan juga Rhesus positive,ikut abi dia.
Sebenarnya darah ibu dan
baby memang tak bercampur di awal kandungan,tapi bila hampir saat nak bersalin
darah baby dan ibu akan bercampur.Oke waktu ni la yang merisaukan.Bila
bercampur,badan ibu akan kesan darah baby(sekiranya darah baby Rh positive) ni
sebagai benda asing.
Bila badan ibu dah kesan
benda asing ni,badan ibu akan mula membina antibodi untuk menghalang sekiranya
berlaku lagi serangan benda asing tu(darah baby yang Rhesus positive).Proses ni
tak membahayakan anak pertama sampai dia selamat dilahirkan.
Tapi akan beri kesan
bila si ibu mengandung buat kali ke dua dan baby dalam kandungan Rhesus
positive.Antibodi yang dibina selepas kelahiran anak pertama dulu akan
reject atau serang baby ke dua ni sebab badan si ibu merasakan ianya(sebab
darah baby Rhesus positive) adalah benda asing.Maka berlaku lah keguguran.
Jadi,untuk mengelakkan
proses pembentukan antiodi ni,Dr akan plan supaya si ibu ambil suntikan Rhogum
antara minggu ke 28 hingga 32.Hanya satu suntikan diperlukan sebelum
bersalin.Setelah selamat bersalin, darah baby akan diambil untuk kenal pasti
jenis darah dan Rhesus.Sekiranya baby Rhesus positive,maka si ibu akan disuntik
Rhogum sekali lagi.Bukan lah satu proses yang susah,tapi akan jadi kritikal
kalau korang tak alert dah kena suntik Rhogum ke belum.
Cuma kat sini Tkah
sertakan beberapa perkara yang ibu-ibu Rhesus negative ni perlu alert
- Kalau tetibe kena tahan wad sebab komplikasi ketika
mengandung,notify atau maklumkan pada Dr dan nurse bahawa anda adalah
Rhesus negative.Sebab kadang-kadang memang dah tertulis dalam buku merah
tu,tapi human made mistakes kan.Untuk elak perkara tak diingini,baik
korang terus je bagitau.Sebab darah jenis Rhesus negative ni tak boleh
dapat dengan mudah dari blood bank.In case berlaku emergency,Dr/nurse dah
get ready dengan blood bank kalau korang dah bagitau awal-awal masa kena
tahan wad tu.
- Kalau korang gugur dan perlukan proses cuci atau selalu
orang panggil D & C,make sure Dr ada bagi suntikan Rhogum.Kalau korang
gugur dengan complete abortion(tak perlu cuci) tak payah cucuk Rhogum.
- Plan siap-siap korang nak bersalin di hospital mana dan
notify hospital tersebut.Tak boleh main terjah-terjah je tau.Seeloknya
bila dah masuk minggu ke 32 terus notify hospital yang korang nak bersalin
kat situ.Jadi pihak hospital akan maklumkan pada blood bank untuk sediakan
darah.Bukan apa,takut tiba-tiba tengah proses bersalin berlaku tumpah
darah ke.Jadi taknak la tiba-tiba takde darah.haa sudah...Memang lah ada
due date (EDD) tapi kadang-kadang ada juga kes bersalin masa 7 bulan
kan,So sediakan payung sebelum hujan oke.
- Sepanjang proses mengandung ni korang jaga la elok-elok
pemakanan,vitamin jangan skip tau.Sebab bahaya kalau HB drop.Bila drop
sampai kena masuk darah,kan susah tu.Darah korang kan rare.Alhamdulillah
Tkah sendiri tak skip vitamin,Set hamil Shaklee tu memang sentiasa restock
kalau dah tinggal sikit.Tak berani nak skip walau sehari.
Harap-harap korang faham
la ye penerangan Tkah ni.Moga-moga entry Tkah ni bermanfaat untuk ibu-ibu yang
Rhesus negative di luar sana.
Kalau korang Rhesus
negative jangan la rasa takut nak mengandung pulak.hehe..InsyaAllah doa yang
baik-baik.Follow je planning yang Dr sediakan untuk korang dan banyakkan
membaca pasal Rhesus negative ni.Ada juga group-group facebook untuk mereka
yang Rhesus negative,So kalau ada emergency dah tahu nak cari penderma kat
mana.
0 comments:
Post a Comment